PM kekal dengan pendidiran guna tafsir al-Quran dalam ucapan

Kejadian kontroversi melibatkan seorang pendakwah sebelum ini tidak menghadkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menggunakan ayat al-Quran dan tafsiran dalam ucapan beliau.

Kata beliau, krtikan yang diterima terkait petikan surah al-Kahfi dijadikan sebagai iktibar selain menegaskan dirinya akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai medium rujukan.

“Saya syukur kerana apa dilontarkan di perhimpunna Jabatan Perdana Menteri ini menimbulkan minat terutama kepada anak muda untuk membaca dan menelaah, bukan sekadar membaca al-Quran tetapi menelaah lebih mendalam.

“Saya anggap (ini) penting (dan) bulan-bulan lain, saya (akan) baca ayat al-Quran lain dan tafsir supaya mengalakkan ada perbahasan lain tetapi saya rujuk JAKIM terlebih dahulu supaya elak daripada kontroversi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di PUSPANITAPURI di Putrajaya pada Isnin.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum ini, ucapan Anwar mencetuskan polemik berhubung perkongsian beliau yang memetik kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti yang dinyatakan dalam al-Quran di surah al-Kahfi.

Kejadian yang tular di media sosial itu, Anwar tetap mempertahankan pendiriannya berhubung penggunaan ayat al-Quran sebaliknya menekan tentang nilai akhlak dan kecekalan tujuh pemuda berkenaan yang tetap dengan prinsip beriman kepada Allah SWT.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat