Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah yang disempurnakan oleh Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada Khamis.
Majlis istiadat perkahwinan pasangan diraja itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB).
Sebelum ini, pasangan Diraja Brunei itu mengikat tali pertunangan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei pada Selasa.
Kemudian disusuli dengan majlis istiadat berbedak yang dihadiri oleh kerabat Diraja Brunei dan tetamu terhormat.
Untuk info, Putera Mateen merupakan anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah iaitu raja paling lama memerintah di dunia.
Selepas majlis Istiadat Akad Nikah Diraja dilakukan, acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari depan.
Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
Baca juga: