‘Itu urusan SPRM’, Anwar mahu semua kes rasuah disiasat

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyasarkan mana-mana bekas pemimpin, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan siasatan berkaitan rasuah.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, SPRM hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membanteras rasuah tanpa mengira status dan kedudukan.

“Itu urusan SPRM, tetapi saya tidak mahu orang anggap rasuah perkara yang kecil. Kes baharu atau lama, semua disiasat.

“Jika tak salah, tak perlu bimbang kerana siasatan akan dibuat teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh.

“Namun janganlah sesetengah orang menganggap tindakan SPRM sasar orang tertentu dan sebagainya kerana ia akan beri gambaran seolah-olah ada orang atau jerung-jerung besar terlepas,” katanya dalam suatu majlis ramah mesra bersama petugas dan kakitangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri, pada Khamis lapor Berita Harian.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat