3 lelaki terlibat dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak ditahan polis

Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara dua kelab di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, tiga suspek ditahan termasuk pegawai dan pemain pasukan bola sepak berusia 20 hingga 40 tahun.

“Tiga suspek berkenaan ditahan semalam untuk membantu siasatan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan seorang individu cedera teruk.

“Beberapa tangkapan lain akan menyusul. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, pada Ahad.

Jumaat lalu, tular di laman sosial video berdurasi dua minit 42 saat yang memaparkan insiden pergaduhan dan rusuhan terbabit.

Kosmo melaporkan kejadian dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pasukan bertanding terhadap mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat