Lelaki ditahan selepas tikam leher mangsa dengan objek tajam

Seorang pengawal keselamatan bertindak agresif dengan menikam leher seorang warga asing dalam satu kejadian pergaduhan di Pusat Perlindungan Imigran, Randall’s Island, New York, Amerika Syarikat pada Khamis.

Menurut sumber, mangsa berumur 24 tahun itu ditemukan dalam keadaan cedera pada leher dipercayai ditikam dengan menggunakan objek tajam sekitar pukul 3.30 petang.

Kejadian tersebut dipercayai perlaku di luar kawasan pusat pelindungan tersebut.

Susulan kejadian, mangsa dikejarkan ke Hospital Harlem untuk mendapatkan rawatan lanjut selain dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kata saksi kejadian, pertengkaran antara suspek dan mangsa berpunca daripada salah faham.

“Mereka bertengkar dan kemudian saling bergaduh antara satu sama lain,” katanya.

Dalam insiden tersebut, seramai 18 orang telah ditahan selain terdapat beberapa suspek yang didakwa ke muka pengadilan kerana dipercayai menjadi punca kejadian berdarah itu berlaku.

Sebelum ini, PIX11 melaporkan pada 6 Januari lalu berlaku kematian melibatkan mangsa berusia 24 tahun yang mati ditikam di dalam tempat perlindungan. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat