1,000 masjid di Gaza musnah dalam serangan Israel sejak 7 Oktober

Pihak berkuasa Gaza menganggarkan sejumlah 1,000 buah masjid telah dimusnahkan oleh kekejaman tentera Israel sejak serangan 7 Oktober lalu.

Wakil Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Gaza, menyatakan dalam kenyataan, bahawa pembinaan semula masjid yang sudah musnah itu melibatkan sejumlah wang yang besar.

“Pembinaan semula masjid yang dihancurkan akan memakan belanja sekitar AS$500,000 (RM2.36 bilion).

“Lebih 100 pendakwah Islam turut terbunuh dalam serangan maut rejim Zionis di wilayah terbabit,” katanya.

Dalam kenyataan turut menyatakan bangunan lain seperti sebuah gereja, beberapa bangunan pentadbiran, pusat pengajian Al-Quran dan ibu pejabat bank turut musnah.

Kementerian tersebut juga menyeru beberapa negara lain untuk menuntut keadilan bagi pihak mereka yang ditindas secara terang-terangan oleh Israel.

“Kami merayu kepada negara Arab dan Islam serta orang-orang yang berhati nurani untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di Semenanjung Gaza,” katanya, lapor Agensi Anadolu.

Akibat daripada peperangan itu, dianggarkan sekurang-kurangnya, 25,105 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh manakala 62,681 cedera.

Israel masih menyerang Semenanjung Gaza yang membunuh hampir 1,200 orang di Tel Aviv.

Ini menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di samping berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

60 peratus daripada infrastruktur di wilayah berkenaan juga dilaporkan musnah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/01/22/suria-fm-perkenal-barisan-penyampai-baharu/

Anda Mungkin Berminat