Beberapa laluan alternatif disediakan bagi memudahkan pengguna jalan raya merancang pergerakan ekoran penutupan jalan sempena sambutan Hari Thaipusam.
Penutupan laluan berjadual yang dijangka bermula paa 24 hingga 26 Januari depan melibatkan tiga buah kuil di Kuala Selangor iaitu Kuil Subramaniar Alayam Swamy Batu 2, Kuil Subramaniar Alayam Swamy Bukit Belimbing dan Kuil Subramaniar Alayam Swamy Selangor River.
Berdasarkan perkongsian di Facebook Trafik Kuala Selangor, laluan pertama, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur boleh mengambil lencongan kanan menggunakan Jalan Kelab Golf Kampung Kuantan ke Pekan Kuala Selangor.
Bagi laluan kedua pula, bagi pengguna dari arah Jalan Teluk Intan ke Klang dan Kuala Lumpur boleh membuat lencongan ke persimpangan lampu isyarat di Assam Jawa dan menggunakan Jalan Telok Piah Kanan.
Sementara itu, pergerakan sepanjang Thaipusam akan melalui Jalan Bukit Rotan, Kuala Selangor pada 24 Januari, manakala perarakan yang sama akan melalui Jalan Klang – Teluk Intan ke Tanjong Keramat pada 25 Januari.
Baca juga: