Tun M akan dirakam keterangan hari ini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan bakal merakam kenyataan oleh beberapa anggota polis dari Bukit Aman pada Selasa. 

Difahamkan, perkara tersebut bakal berlaku sekitar pagi Selasa di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. 

Hal tersebut dipercayai melibatkan kenyataan beliau dalam satu temu bual mengatakan masyarakat India di negara ini masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

Memetik laporan Malaysia Gazette itu juga, dianggarkan lebih 50 laporan polis telah dibuat terhadap beliau. 

Sebelum ini, Mahathir dilaporkan mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih terikat dengan negara asal mereka.

Pada masa sama, beliau turut berkata, bahawa masalah ialah apabila ‘pendatang’ (merujuk kepada kaum India dan Cina) menganggap Malaysia sebagai negara sendiri tapi pada masa sama terus mengamalkan budaya dan adat mereka sendiri.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat