Penduduk Terengganu sekali lagi dilanda banjir apabila berlaku gelombang keempat di negeri itu sehingga mengakibatkan tujuh keluarga daripada 24 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Marang.
Kata Jawatankuasa Pengurusan Bencara Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga pula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Bukit Parit.
“Dua lagi PPS iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang pula masing-masing menempatkan enam mangsa.
““Banjir yang berlaku adalah disebabkan limpahan air sungai berdekatan ke rumah penduduk yang terletak di kawasan yang agak rendah.
“Ketika ini, situasi agak baik kerana air mulai surut namun penduduk tetap perlu berwaspada kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan hingga esok,” katanya.
Dalam pada itu, laporan Utusan itu turut mengatakan, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal info banjir pula melaporkan tiada lagi sungai yang telah melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang pada Selasa.
Bagaimanapun, Sungai Nerus di Kampung Langkap (daerah Setiu) dan Sungai Tumpat di Kampung Kemasik (daerah Kemaman) kini menunjukkan bacaan melepasi paras amaran.
Sementara itu, dua sungai di daerah Hulu Terengganu iaitu sungai Tersat dan Sungai Telemong pula menunjukkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga.
Bacaan stesen di Sungai Dungun, Kampung Pasir Raja (Daerah Dungun) dan parit utama di Padang Kemunting (daerah Kuala Nerus) juga menunjukkan ketinggian air melebihi paras berjaga-jaga.
Baca juga: