Ibu kandung kepada anak angkat aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dan penyanyi, Noh Salleh menyatakan dirinya dimanipulasi oleh Noh dan meminta Noh menarik semula kenyataan yang telah dibuatnya di program Melodi sebelum ini.
Noh, 38, sebelum ini membuat kenyataan di Melodi bahawa ibu kandung Musa yang menggunakan nama samaran Athira menyerahkan anak terbabit dengan rela hati dan memberi amanah kepada Noh untuk menjaganya.
Athira turut membuat tiga tuntutan terhadap Noh atas kekeliruan yang ditimbulkan olehnya, termasuk menarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa yang pernah disiarnya di Instagram miliknya.
“Saya mahukan permohonan maaf secara terbuka kerana sebelum ini Noh membuat perkongsian secara massa, maka perlu diselesaikan secara massa juga.
“Saya akan menuntut semua ini dalam tempoh 24 jam. Sekiranya gagal dilakukan Noh, maka saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya, lapor Berita Harian.
Terdahulu, Noh membuat kenyataan dalam program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Baca juga: