Permohonan representasi yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap rayuan pendakwaan melibatkan pembebasan dalam kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN) belum diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Hal itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob ketika kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu, Datuk Hadariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M Komathy.
Dalam laporan Sinar Harian, Abdul Malik turut memaklumkan bahawa rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid dijadual akan didengar pada 18 Mac depan seperti ditetapkan sebelum ini.
Pasukan respondan yang mewakili Ahmad Zahid diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik.
Januari 2023, Ahmad Zahid telah mengemukakan representasi agar AGC tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pada 23 September 2022, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas timbalan Perdana Menteri itu.
Ahmad Zahid sebelum ini berdepan dengan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) melibatkan Sistem VLN.
Pada masa sama, beliau juga disabitkan dengan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta (RM47.82 juta) daripada UKSB kepada dirinya yang ketiku itu merupakan Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat tersebut, sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China.
Sementara Sistem VLN serta bagi mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kemnterian Dalam Negeri.
Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1.15juta (RM4juta), RM3.125juta, 15,000 Swiss Franc (RM79,000) dan AS$15,000 RM70,200) daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasmi dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Baca juga: