Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta melibatkan 70 aset termasuk satu akaun bank.
Beliau meminta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.
Daim atau nama sebenarnya, Che Abdul Daim Zainuddin, 86, menjawab faham dan minta dibicara tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi lapor Kosmo.
Hadir dengan berkerusi roda, Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda RM100,000.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM280,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.
Tiada syarat tambahan dikenakan berikutan keadaan kesihatan yang dialami beliau.
Hakim Azura Alwi menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
Daim yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 didakwa dengan sengaja memberikan satu penyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi notis bertarikh 8 November 2023.
Notis yang dihantar pada 14 November 2023 dengan tidak mengisytiharkan harta melibatkan 70 aset dan satu akaun bank.
Antara aset tersebut melibatkan kenderaan mewah jenis Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce.
Dalam pada itu, sebanyak 38 syarikat iaitu Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah sekitar Kuala Lumpur, Ampang, Bangsar; Raub, Pahang, Kuala Muda,Kedah; Port Dickson, Negeri Sembilan dan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Baca juga: