Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean memberi kenyataan sebanyak 25,000 kanak-kanak di Palestin kini menjadi anak yatim piatu berpunca daripada serangan rejim Zionis yang berterusan di wilayah tersebut.
Kanak-kanak di Gaza kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali sejak serangan 7 Oktober lalu dimana Israel memulakan operasi ketenteraan secara besar-besaran di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan peningkatan bilangan kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel di Gaza kepada 26,422 korban dan 65,087 lagi cedera.
Serangan ketenteraan Israel kini sudah memasuki hari ke-115, bermula dari 7 Oktober lalu sehingga kini tanpa ada kata putus walaupun sudah banyak wakil negara meminta gencatan senjata segera dilakukan di daerah tersebut.
Serangan tentera penceroboh ini telah merosakkan bangunan kediaman, kem pelarian dan hospital yang mengakibatkan pelbagai jenis kesengsaraan kepada penduduk Gaza.
Baca juga: