Sekumpulan graduan lepasan universiti meluahkan rasa tidak puas hati apabila gagal sesi temu duga gara-gara memperoleh skor kredit rendah.
Perkara itu didedahkan di aplikasi X yang mengatakan seramai lima graduan universiti di Indonesia, pulang dengan perasaan hampa apabila hasrat mereka untuk mencari pekerjaan musnah.
Perkara itu secara tidak langsung mencetuskan kemarahan dan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial.
“Lima orang lulusan baharu mendaftar di pejabat tempat saya bekerja. Namun, kelima-limanya tidak berjaya lulus kerana gagal,” tulis netizen itu.
Sementara itu, Bank Indonesia memberikan penjelasan pemeriksaan skor kredit atau BI Checking itu telah lama dilaksanakan oleh Jabatan Kewangan sejak 1 Januari 2018.
“Pemeriksaan skor kredit atau dipanggil BI Checking digantikan dengan OJK Slik dan memang sudah dilaksanakan sejak 1 Januari 2018,” katanya.
Malah, pihak Bank Indonesia juga menegaskan agar graduan lepasan universiti perlu membuat persediaan awal sebelum menempuhi alam pekerjaan.
Baca juga: