Pengasuh 67 tahun didakwa tampar muka bayi

Seorang wanita dan juga pengasuh di sebuah pusat asuhan kanak-kanak dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan atas pertuduhan menampar muka bayi berusia 11 bulan pada awal Februari lalu.

Tertuduh, Norsham Ismail, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.

Dalam laporan Berita Harian itu juga, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), A.Partheeban memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan kepada paling rendah dan munasabah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM7,000 manakala 13 Mac depan tarikh bagi sebutan semula keputusan penuh laporan perubatan.

Norsham berdepan dengan tuduhan menampar muka mangsa pada pukul 7,47 hingga 7.59 pagi pada 5 Februari lalu di sebuah taska di Desa Cempaka, Nilai.

Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda RM50,000 atau dipenjarakan tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihkum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat