Pelakon terkenal Hong Kong, Maggie Cheung Ho Yee sanggup membeli insurans untuk setiap inci tubuhnya demi menjayakan filem aksi komedi, Rob N Roll.
Kata Maggie, 54, dia tidak pernah membawakan watak sebagai seorang pegawai polis, apatah lagi karakter tersebut memerlukan dirinya untuk melakukan pelbagai aksi berbahaya.
Disebabkan khuatir jika berlaku sebarang kecederaan serius ke atas dirinya, Maggie bukan sahaja bersunggu-sungguh dalam soal lakonan, tetapi turut menitikberatkan tentang keselamatan diri.
“Saya sangat gembira dan teruja untuk sama-sama mempromosikan filem ini. Saya pernah bekerjasama dengan Gordon di TVB menerusi pelbagai naskhah klasik.
“Dalam pada masa sama, saya menzahirkan kebimbangan dan mengharapkan agar Aaron dapat pulih dengan segera
“Ada banyak babak tembakan malah letupan yang saya perlu lakonkan. Jadi saya perlu mengutamakan diri. Jadi tidak salah jika salah membeli insurans untuk satu badan kan?” katanya ketika hadir ke sesi promosi filem tersebut di Malaysia baru-baru ini.
Untuk info, kemunculannya itu merupakan lawatan kedua Maggie Cheung ke Malaysia selepas tujuh tahun. Kali pertama dia ke Malaysia adalah untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Eastern Wallstreet pada 2017.
Rob N Roll edaran Mega Film Distributions dengan kerjasama Elepfilm Entertainment, BT Media Space, Meta Live dan Aco Media, dan sudah ditayangkan pada 10 Februari lalu, menceritakan tentang bekas ahli gusti, Mui Lam-tin yang bergelut dengan masalah hidup sehingga membuat keputusan dengan memberanikan diri merentas lautan ke Hong Kong untuk melakukan rompakan besar-besaran.
Selain Maggie filem arahan Albert Mak itu turut dibintangi oleh Simon Yam dan David Chiang, selain penampilan istimewa oleh Lin Xue, Zeng Bitt, Wang Minde, Lu Haipeng dan Wu Dingxin.
Baca juga: