Tentera Israel bertindak zalim apabila melakukan dua serangan udara ke atas bandar pantai Ghaziyeh di Selatan Lubnan.
Menurut agensi media antarabangsa, AlJazeera, serangan yang dibuat pada Isnin itu menyasarkan penempatan orang awam yang terletak kira-kira 5 kilometer (km) dari bandar pelabuhan Selatan Sidon.
Kata jurucakap tentera Israel, Avichay Adraea, pihaknya melakukan serangan sebagai tindak balas kepada letupan kapal berhampiran kawasan Tiberias.
“Kami menyasarkan kumpulan Hizbullah. Kami akan terus bertindak tegas sebagai tindak balas serangan,” katanya.
Sementara itu, pemilik sebuah kilang yang dipercayai menjadi sumber kuasa elektrik, memberitahu kawasan pendalaman menjadi sasaran tentara Israel untuk melancarkan serangan.
Serangan tentera Israel itu dikatakan berlaku selepas kumpulan pejuang Hizbullah yang mendapat sokongan Iran mengaku bertanggungjawab atas dua serangan ke atas pos Israel di kawasan sempadan Ladang Shebaa.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah berikrar bahawa Israel perlu bertanggungjawab atas kematian orang awam yang menjadi mangsa kerakusan mereka di Lubnan.
Mereka memberi amaran bahawa serangan peluru berpandu berkemungkinan boleh terjadi di Israel.
Sebelum ini, Hizbullah telah melaporkan kira-kira 200 pejuang telah terbunuh sejak peperangan tersebut tercetus Oktober tahun lalu.
Baca juga: