Kerajaan tetap teguh pendirian pelihara hak istimewa orang Melayu, kedudukan Perlembagaan Persekutuan

Kerajaan akan mempertahankan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan tersebut sememangnya menjadi pegangan kerajaan.

“Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara 153),” katanya pada Selasa.

Kenyataan tersebut merupakan maklum balas bagi kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 menilai semula sama ada keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 memberi manfaat kepada golongan itu.

Hassan mempersoal adakah dasar afirmatif itu yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segelintir golongan elit Bumiputera.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat