Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelantikan Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) baharu dan berkuat kuasa pada Selasa, bagi menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali yang bersara.
“Dengan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang pendidikan, pihak KPM mengharapkan agar Azman dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataa.
Azman mempunyai pengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat, menyandang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.
Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM) itu memulakan kerjanya dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru sebelum dilantik menjadi guru kanan hingga ke pengetua sekolah.
Baca juga: