Satu insiden kebakaran melanda dua bangunan kediaman di bandar Valencia timur Sepanyol, mengorbankan empat orang manakala 20 orang yang lain hilang beberapa jam selepas kebakaran berlaku pada Khamis.
Menurut pihak berkuasa, kebakaran terbabit menyebabkan penduduk yang lain melarikan diri ke balkoni sementara menunggu untuk diselamatkan oleh anggota bomba.
Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian di pinggir pusat bandar apabila api meletup dari tingkap bangunan kediaman 14 tingkat di mana kebakaran terbabit bermula.
Penolong Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Valencia, Jorge Suárez memberitahu, bahawa empat orang disahkan maut dan kira-kira enam jam selepas kebakaran bermula, anggota bomba cuba menyejukkan bahagian luar bangunan sebelum cuba masuk ke dalam.
“Askar dari Unit Kecemasan Tentera Sepanyol juga telah dikerahkan dan pegawai perubatan memasang khemah besar untuk merawat mangsa yang cedera di tempat kejadian.
“Punca kebakaran masih tidak diketahui, tetapi laporan berita mengatakan ia mungkin merebak dengan cepat berikutan bahan yang digunakan dalam struktur bangunan itu,” katanya.
Menurut laporan perkhidmatan kecemasan, selain empat orang yang terbunuh, sekurang-kurangnya 13 cedera, kebanyakannya mengalami patah tulang, melecur dan terhidu asap dan 13 orang itu termasuk enam anggota bomba.
Difahamkan, jumlah kesemua mangsa yang berada di dalam bangunan itu dan bilangan jumlah mangsa yang telah diselamatkan masih belum diketahui.
Baca juga: