Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meletakkan visinya untuk mengawal keselamatan tanpa batas di Palestin kerana Israel menyasarkan untuk mengawal wilayah itu selepas perang di Gaza tamat.
Sekutu utama Israel, Amerika Syarikat (AS) mahu Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang berpangkalan di Tebing Barat untuk memerintah Gaza selepas perang namun dokumen yang dikemukakan oleh Netanyahu kepada menteri baru-baru ini tidak menyentuh mengenai PA.
Netanyahu sebelum ini telah menolak apa-apa peranan kerajaan pasca perang buat Gaza kerana Israel akan bertanggungjawab untuk menghapuskan semua keupayaan ketenteraan Hamas di sana.
Penutupan di kawasan selatan Gaza juga akan dilakukan di sempadan wilayah Mesir untuk mencegah penyeludupan bawah dan atas tanah disana.
Netanyahu turut berhasrat untuk memulihkan reputasinya sebagai pemimpin dengan mengeluarkan cadangan buat Gaza menggabungkan kerajaan bersama Israel.
Namun, Presiden PA, Mahmoud Abbas berkata rancangan Netanyahu akan ditakdirkan untuk gagal kerana jika benar dunia mahukan keselamatan di rantau ini, mereka perlu menamatkan pendudukan Israel di Tanah Palestin dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang bebas.
Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata AS menentang sebarang pendudukan semula Gaza oleh Israel atau mana-mana cadangan pengurangan saiz wilayah Gaza.
“Gaza tidak boleh dijadikan tempat untuk keganasan Israel dan saiz wilayah Gaza tidak boleh dikurangkan,” katanya pada mesyuarat menteri G20 di Argentina.
Setakat peperangan ini, Kementerian Kesihatan Palestin yang dikendali oleh Hamas melaporkan bahawa lebih daripada 29,500 terkorban sejak Oktober lalu.
Netanyahu turut menyatakan pada akhir tahun 2023 lalu bahawa perang akan berlangsung selama beberapa bulan lagi.
Baca juga: