MP pembangkang keluar dewan tunjuk protes pada PM

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. 

Tindakan tersebtu berlaku apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang bangun meninggalkan dewan masa ucapan Anwar yang seharusnya dibuat pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat. 

Kata Hamzah, perkara itu tidak berlaku sebelum ini ketika perbahasan titah baginda sudah dimulakan. 

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak dapat dibuatkan lebih awal memandangkan beliau terlibat dengan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet bagi menyempurnakan lawatan rasmi ke Malaysia. 

Bagaimanapun, insiden tersebut secara tidak langsung memberikan reaksi negatif sekali gus tidak senada dengan titah baginda yang mengharapkan agar Ahli Parlimen menjaga tertib ketika perbahasan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat