11,000 peminat muzik dijangka semarakkan Loop Music Festival di Axiata Arena Mei depan

Barisan selebriti popular tempatan bakal merancakkan pentas Loop Music Festival yang akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 11 Mei depan.

Acara itu menjadi salah satu revolusi muzik dengan menyenaraikan penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Amelina, Noraniza Idris, Aisha Retno, Insomniach dan Nadeera Zaini.

Penerbit Loop Music Festival, Rosix Omar berkata, festival yang berlangsung seawal pukul 2 petang hingga 11.30 malam ini turut menyasarkan sejumlah 11,000 peminat muzik tempat dalam satu tempat.

“Pemilihan barisan artis yang bakal melakukan persembahan ini dipilih daripada carta Top Malaysian Artist oleh platform perkhidmatan penstriman muzik, Spotify.

“Saya percaya acara ini akan menjadi penanda aras buat komuniti muzik tempatan dan harapnya ia dapat menjadi contoh bahawa tidak semestinya artis luar negara sahaja malah artis tempatan juga boleh menyajikan hiburan yang menarik buat peminat,” katanya ketika sidang media Loop Music Festival di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tiket boleh didapati di ticket2u.com bermula pada harga RM168 (Black Zone), RM178 (White Zone), RM258 (Fly Zone), RM278 (Red Zone) dan RM478 (Tune Zone).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat