Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyambut baik usaha pengeluar makanan dan minuman Fraser & Neave Holding Berhad (F&N) untuk mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import dengan mengusahakan bidang ternakan lembu tenusu dalam negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syarikat terbabit telah melabur RM1 bilion bagi membuka ladang tenusu di Gemas, Negeri Sembilan.
“Ia bakal menjadi ladang tenusu bersepadu yang terbesar di Malaysia dengan keluasan sebanyak 2,726 hektar.
“Inisiatif F&N ini disasarkan dapat membekalkan 100 juta liter segar setahun,” katanya dalam kenyataan.
Selain mengusahakan bidang ternakan lembu, F&N turut menyambut seruan kerajaan untuk tidak bergantung dengan barangan import dengan menghasilkan makanan buat haiwan ternakan mereka dengan sendiri.
Baca juga: