Polis berjaya menumpaskan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dengan jenaya samun bersenjata di sekitar kawasan Tawau, Sabah.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, seramai empat orang lelaki berumur lingkungan umur 23 hingga 41 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Mangsa yang didatangi sekumpulan lelaki itu telah dipukul dan ditetak pada tangan kiri mangsa menggunakan senjata parang.
“Motosikal jenis Benelli 150 milik mangsa turut dibawa lari oleh penyamun-penyamun itu,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Siasatan Jenayah Ibu Pejabat (IPD) Tawau berjaya menahan kesemua suspek di kawasan yang berlainan sementara barangan bersama mereka rampasan untuk tindakan lanjut.
Hasil siasatan mendapati tiga daripada kumpulan suspek terbabit merupakan warganegara asing yang masuk ke negara tanpa permit atau dokumen yang sah.
Sementara itu, seorang lagi suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata.
Baca juga: