Keberadaan Kate Middleton kekal misteri, Puteri Beatrice ambil alih tanggungjawab hadir ke acara kesihatan

Puteri Beatrice mewakili, Princess of Wales, Kate Middleton buat sementara waktu dan mengambil bahagian dalam acara memperingati minggu Kesihatan Mental Pelajar sekali gus menyertai perbincangan mengenai kesejahteraan generasi muda.

Kerjasama Puteri Beatrice dengan syarikat Chegg yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu lantas menimbulkan tanda tanya tentang keberadaan puteri kesayangan ramai itu.

Meskipun pihak istana memaklumkan Middleton kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan perut, namun rata-rata rakyat tetap bertanya tentang kehadirannya di depan khalayak.

Selain itu, Puteri Beatrice turut memberikan komitmen penuh dalam menyokong usaha berterusan keluarga diraja dalam mempromosikan kesejahteraan dalam kalangan belia itu.

Walaupun dengan ketiadaan Middleton amat dirasai, penyertaan aktif Puteri Beatrice berfungsi sebagai kesinambungan amat dihargai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Chegg, Heather Hatlo Porter kongsikan satu foto menerusi aplikasi X yang memaparkan Puteri Beatrice terlibat dengan peserta muda dan menyatakan terima kasihnya terhadap penglibatan penuhnya.

Terdahulu, Middleton secara aktif mengambil bahagian dalam pelbagai penglibatan yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental pelajar, secara individu dan bersama Putera William.

Tanda tanya mengenai kehadiran Middleton berlegar selepas ketiadaannya saat sambutan Krismas tahun lalu.

Pihak istana kemudian mengesahkan bahasa Middleton menjalani pembedahan perut dan mengatakan pembedahan itu berjaya dan kini Middleton dilaporkan sedang dalam fasa pemulihan selain dikatakan bersedia untuk membuat kemunculan semula di depan khalayak selepas sambutan Easter nanti.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/03/02/hilang-hampir-7-jam-kanak-kanak-autisme-selamat-ditemui/

Anda Mungkin Berminat