Agensi Penerbangan Nasional (FAA) melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca pesawat jet peribadi milik penyanyi Karol G terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Van Nuys, California, Amerika Syarikat.
Difahamkan sewaktu kejadian, berlaku kepulan asap keluar dari bahagian kokpit selain dikatakan telah berlaku kebakaran.
“Enjin berkembar pesawat yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Van Nuys sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Khamis,” kata jurucakap Faa pada Jumaat berhubung insiden tersebut.
Sementara itu, Karol G yang sedang dalam siri konsert Jelajah Manana Sera Bonito, turut mengesahkan mengenai kejadian itu.
Katanya, keadaan dirinya dilaporkan baik dan kini sedang menghabiskan masa dengan keluarga.
“Keluarga dan pasukan saya semunya dalam keadaan baik. Syukur Tuhan melindungi kami dan merahmati kehidupan dan kesihatan kami,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.
Untuk rekod, dianggarkan 16 individu menaiki pesawat terbabit. – Agensi
Baca juga: