JANM nasihat pengguna tidak terpedaya dengan pautan palsu Wang Tidak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kenal pasti kewujudan Pemancing Data (phishing) melalui penyebaran pautan palsu Wang Tidak Dituntut (WTD) yang tular di laman-laman web palsu.

Menerusi kenyataan, JANM menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi permohonan WTD.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menekan pautan berkenaan dan mengisi maklumat peribadi kedalam borang yang palsu berkenaan agar data peribadi mereka tidak diceroboh.

Segala maklumat yang sahih hanya boleh diperoleh daripada portal dan media sosial rasmi milik JANM, tiada penglibatan pihak ketiga dalam pengurusan WTD.

Untuk info, WTD ialah wang yang diwajibkan oleh undang-undang untuk dibayar kepada pemiliknya, namun tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun, melibatkan kategori seperti gaji, upahan, bonus dan lain-lain.

Selain itu, WTD ialah wang dalam kredit akaun yang tidak dikendalikan selama tujuh (7) tahun seperti akaun simpanan, akaun semasa, dan simpanan tetap.

Baca juga: