Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv melaporkan seorang lelaki yang belum disahkan warganegaranya terbunuh, manakala tujuh pekerja Thailand cedera dalam serangan peluru berpandu anti kereta kebal ke atas Margaliot, sebuah komuniti pertanian di Israel Utara di sempadan dengan Lubnan pada Isnin.
Menurut kedutaan di Thailand, dua pekerja Thailand cedera parah manakala lima lagi cedera ringan telah dihantar ke hospital oleh kecemasan perubatan menggunakan helikopter.
Susulan serangan itu, kedutaan mengeluarkan amaran kepada warga Thailand yang bekerja atau menetap di kawasan berisiko di sepanjang sempadan agar mereka menghubungi pihak kedutaan untuk minta bantuan berpindah ke lokasi lebih selamat.
The Times of Israel melaporkan, Hospital Rambam Haifa mengatakan keadaan tiga daripada tujuh mangsa yang cedera mempamerkan reaksi positif.
“Seorang mangsa telah menjalani pembedahan dan kini semakin pulih di unit rawatan rapi manakala dua lagi mangsa sedang menerima rawatan di unit trauma.
“Seorang lelaki berusia 30-an meninggal dunia dalam serangan itu,” katanya kepada media.
Difahamkan, kematian itu adalah kematian ketujuh yang melibatkan orang awam di Israel akibat peperangan di Semenangjung Palestin sejak 7 Oktober lalu.
Baca juga: