Geng pondan Thailand, Filipina bergaduh luar hotel, hampir 100 individu campur tangan

Berlaku konfrontasi di antara dua kumpulan wanita transgender warga Thailand dan Filipina di luar kawasan sebuah hotel di Bangkok.

Insiden yang berlaku di Jalan Sukhumvit Soi 11 itu kemudiannya tular di media sosial, lapor Koreaboo.

Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan mendakwa 20 pondan warga Filipina menyerang dan merompak seorang lelaki lembut warga Thailand.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila lebih ramai wanita transgender Thai berhimpun di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat serangan itu di media sosial.

Polis cuba meleraikan keadaan, namun keadaan pantas menjadi huru-hara apabila kumpulan pondan Thailand mula membaling botol ke arah kumpulan pondan warga Filipina yang baru tiba.

Pihak berkuasa bergelut untuk membendung keganasan yang semakin memuncak apabila kumpulan lelaki lembut Thailand mula mengheret kumpulan lelaki lembut Filipina keluar di hadapan hotel dan meneruskan serangan.

Akhirnya pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan dan menahan kedua-dua kumpulan penyerang serta mangsa, dan membawa mereka ke Balai Polis Lumpini, Bangkok.

Dianggarkan sekitar lebih 100 individu dipercayai terlibat dengan insiden tersebut, angka tangkapan tidak dapat diketahui.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat