Ditembak individu tidak dikenali, mangsa cedera di tangan, bahu dan rusuk kanan

Seorang lelaki warga tempatan dipercayai telah ditembak di bahagian badan oleh suspek yang tidak dikenali di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang Utara baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu, mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 46 tahun merupakan Penyelia Pengawal Keselamatan, telah ditembak dibahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.

Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospitl Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).

“Susulan itu, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dengan tempat kejadian mendapati suspek telah menembak mangsa dari jarak dekat dengan menaiki sebuah kereta jenis berwarna hitam, namun tidak dapat dipastikan jenisnya.

“Setakat ini, seramai lima lelaki tempatan berumur 40 hingga 45 tahun telah ditangkap untuk membantu sisasatan.

“Motif kejadian tersebut masih di dalam siasatan pihak polis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Bunuh),” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, pihak polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes tersebut diminta tampil untuk menghubungi mana-mana Balai Polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat ASP Sathiyaseelan Manar di talian 012-5197913 bagi menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat