Kanada teruskan pembiayaan UNRWA bagi pelarian Palestin

Kanada mengumumkan akan meneruskan pemberian bantuan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) meskipun setelah mendapati beberapa kakitangan agensi berkenaan terlibat dalam serangan 7 Oktober terhadap Israel.

Kanada ialah salah satu daripada 16 negara yang menghentikan pemberian dana kepada agensi berkenaan setelah Israel mempamerkan bukti keganasan anggota UNRWA berkenaan.

Menteri Pembangunan Antarabangsa Kanada, Ahmed Hussen berkata pembiayaan akan tetap disambungkan semula sementara siasatan keatas kakitangan tersebut diteruskan.

“Keputusan ini dibuat sebagai pengiktirafan terhadap proses penyiasatan yang giat sedang dijalankan.

“Pemberhentian sementara sumbangan tersebut telah ditarik semula juga atas faktor keperluan mendesak rakyat awam Palestine yang sangan memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Di samping itu, Angkatan Tentera Kanada akan mendermakan kira-kira 300 payung terjun kargo ke Jordan untuk digunakan dalam operasi menghantar bekalan keperluan ke Gaza.

Berdasarkan data yang direkodkan pada tahun 2022, Kanada merupakan antara penyumbang terbesar kepada bajet UNRWA yang berada pada kedudukan ke-11.

Dalam pada itu, lebih 30,800 orang terbunuh di Gaza sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dari rejim Israel dan PBB turut mengeluarkan amaran bahawa kebuluran di Gaza berada di tahap kritikal tanpa ada akses kemanusiaan dibenarkan oleh pihak Israel.

Baca juga: