Sekumpulan pelancong asing diburu polis ekoran membawa hidupan laut ke daratan di Pulau Phi Phi, Phuket, Thailand.
Memetik laporan Khaosod English, Ketua Taman Nasional Pantao Nopparat Thara-Kepulauan Phi Phi di wilayah Krabi, Yutthaphong Damsrisuk, mengakui tentang tentang perkara itu.
Pelancong yang dibawa oleh agensi pelancongan, Quel Voyage George Town dikatakan melakukan aktiviti menyelam di dasar laut didakwa telah membawa keluar kerang dari Laut Koh Bida di Kepulauan Phi-Phi.
Berdasarkan foto yang tular di Facebook, tindakan tersebut merupakan kesalahan undang-undang, manakala pihak polis giat sedang melakukan siasatan mengenai perkara itu.
“Siasatan ke atas foto tersebut sedang giat dijalankan. Kami sedang berusaha untuk mengenal pasti nama perahu termasuk lokasi kejadian,” kata penguatkuasa Taman Nasional Kepulauan Hat Nopparat Thara-Phi Phi.
Dalam pada itu, Yutthaphong menasihatkan agar pelancong yang berkunjung ke Thailand menjaga tingkah laku agar tidak bertentangan dengan undang-undang tempatan.
Pada Jun 2023, dua pelancong China dituduh mengambil gambar sambil memegang satu hiburan laut dan memijak kawasan terumbu karang ketika menyelam di Koh Racha di Phuket.
Susulan itu, mereka berdepan dengan tindakan undang-undang hukuman penjara dua tahun dan denda 200,000 Baht (RM26,491).
Baca juga: