Oppenheimer menang 7 anugerah Oscars 2024 termasuk Filem Terbaik

Filem Oppenheimer yang dibintangi oleh pelakon terkenal Cillian Murphy memenangi tujuh anugerah Oscars 2024, selain dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

Oppenheimer yang menceritakan tentang sejarah bom atomik telah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu terbaik, Proses Pengeditan Filem Terbaik, Sinematorgrafi Terbaik, Skor Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.

Manakala, filem Poor Things hampir merapatkan jurang dengan memperolehi empat anugerah Oscars 2024 termasuk pelakon wanita terbaik, solekan dan dandanan rambut terbaik, produksi terbaik dan kostum terbaik.

Sehubungan itu, pelakon pembantu terbaik dimenangi oleh Robert Downey Jr. yang membawa watak sebagai Lewis Strauss di dalam filem Oppenheimer bersama pelakon utama iaitu Cillian Murphy yang memperolehi anugerah pelakon lelaki terbaik.

Memetik laporan antarabangsa, CNBC, anugerah pelakon wanita terbaik dimiliki oleh Emma Stone dan kemenangan tersebut menjadi kemenangan yang kedua dalam kategori filem Poor Things.

Seterusnya, kemenangan pertama buat Da’Vine Joy Randolph yang berjaya mencuri perhatian dengan memenangi watak sampingan wanita terbaik di dalam filem The Holdovers. Beliau melakonkan watak sebagai ibu yang kecewa dengan kematian anaknya.

Lebih menarik lagi, John Cena yang berketerampilan separuh bogel dalam mengumumkan pemenang bagi kostum terbaik membuatkan hampir kesemua yang hadir ketawa dan terhibur dengan sikap spontannya.

Walaubagaimana pun, pengarah kepada filem Barbie, Greta Gerwig, mungkin telah ditolak dari kategori Pengarah, tetapi filem itu masih meraih kemenangan untuk lagu asal terbaik dengan What Was I Made For? oleh Billie Eilish dan Finneas O’connell.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat