Jutawan Thailand ditemui maut bersama setiausaha di rumah

Polis sedang menyiasat kematian seorang jutawan dan setiausahanya di sebuah rumah di daerah Hua Hin, wilayah selatan Prachuap Kiri Khan, Thailand.

Menurut laporan The Thaiger, pihak polis turut menemukan sepucuk surat yang ditinggalkan di tempat kejadian yang mengatakan setiausaha terbabit secara tidak sengaja telah menembak majikannya, sebelum membunuh diri.

Kejadian itu diketahui apabila anak lelaki kepada mangsa, Suphatta Suwantanon, 64, memberitahu bahawa gagal menghubungi ibunya itu di kediaman mereka pada Ahad.

Sebaik tiba di rumah tersebut, dia mendapati penyaman udara menyala, semua pintu dan tingkap terkunci, namun tiada jawapan apabila memanggil ibunya.

Kemudian dia menghidu bau busuk dan melihat terdapat mayat seseorang di atas katil dengan ditutup menggunakan kain.

Susulan itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa, Suphatta dengan kesan tembakan di dada, manakala setiausahanya, Suphawadee Hilt, 46, terbaring di lantai dengan kesan tembakan di kepala.

Difahamkan mangsa berkemungkinan sudah meninggal dunia sekitar lima hingga tujuh hari sebelum penemuan.

Sementara itu, dalam surat tersebut turut mengatakan Suphawadee memohon maaf dan mendakwa kematian Suphatta sebagai satu kemalangan.

Perkara itu berlaku kerana dipercayai dia secara tidak sengaja telah menembak Suphatta pada 29 Februari ketika bermain dengan sepucuk pistol.

Disebabkan panik, Suphawadee bertindak membunuh diri.

Untuk rekod, Suphatta dikenali sebagai usahawan yang terkenal dengan pengeluaran patung Buddha, langsir dan studio reka hiasan dalaman.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/03/11/anggota-polis-berstatus-isteri-orang-ditangkap-khalwat-diarah-tukar-jabatan/

Anda Mungkin Berminat