Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 7 Mei sebagai tarikh sebutan rayuan Pengasas dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Timbalan Perndaftar Mahkamah Tinggi Nordiana Abd Aziz menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding kes pada Selasa.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Rewcastle-Brown berkata, pihaknya mengemukan permohonan agar prosiding rayuan tersebut dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh), atas alasan anak guamnya warganegara Britian dan tidak berada di Malaysia.
Menurut laporan Bernama, perbicaraan kes yang berlangsung di Mahkmah Majistret itu juga dijalankan tanpa kehadiran tertuduh.
Pada 7 Feb, Rewcastle-Brown dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu selepas didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom telah menulis sebuah buku bertajuk, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.
Tohmahan seperti yang digariskan iaitu the wife of the Sultan terhadap Sultanah Terengganu pada muka surat tiga, perenggan keempat dan baris ketujuh itu adalah suatu fitnah yang diketahui Rewcastle-Brown akan merosakkan nama Sultanah Nur Zahirah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di Kuala Terengganu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Baca juga: