Penunggang motosikal maut cedera di kepala akibat kemalangan

Seorang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Kempas Baru, Johor Bahru pada tengah malam hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berpunca daripada motosikal jenis Honda ANF100 yang dinaiki dua lelaki warga tempatan gagal mengelak sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang membelok ke simpang jalan.

“Penunggang motosikal tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala dan pembonceng motosikal yang sama mengalami cedera parah di bahagian kaki.

Pemandu kereta berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian atas memandu melulu atau membahayakan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat