Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) Jawa Timur telah menyelesaikan proses pengiraan undian Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 (Pemilu 2024) pada 10 Mac lalu.
Melihat kepada jumlah undian, terdapat tiga senarai nama selebriti terkenal tanah air yang dinyatakan telah lulus ke Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Menurut CNN Indonesia, dianggarkan sekurang-kurangnya tiga calon artis yang telah melayakkan diri bagi merebut kerusi di DPR, berdasarkan perkongsian data di laman web rasmi KPU Jawa Timur.
Berdasarkan pengiraan, calon yang berpotensi melayakkan diri ke DPR dari bahagian Jawa Timur ialah Arzeti Bilbina dari PKB; Ahmad Dhani (Gerindra) dan Dina Lorenza (Demoktrat).
Sementara itu, Andre Hehanusa, Lucky Perdana dan Kris Dayanti gagal memasuki DPR walaupun parti mereka, PDIP yang menjadi parti yang mendapat undi terbanyak di peringkat nasional.
Untuk info, penentuan calon yang layak untuk mendapat kerusi di DPR ditentukan menggunakan kaedah Sainte Lague iaitu ahli matematik Perancis sejak 1910.
Kaedah tersebut berdasarkan undian majoriti yang diperoleh parti hasil pembahagian yang disusun mengikut jumlah kerusi yang ada di setiap daerah pilihan raya.
Baca juga: