Warga emas maut dalam kebakaran

Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan USJ 4/4C, USJ 4, Subang Jaya Selangor, awal pagi Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.15 pagi.

Jelas Mukhlis, sebanyak lima jentera serta beberapa anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Subang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati dua buah rumah jenis teres terbakar sekitar 60 peratus termasuk sebuah kenderaan.

“Terdapat seorang mangsa iaitu wanita tempatan berusia lingkungan 70-an berjaya dibawa keluar oleh bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, operasi menyelamat seterusnya berjaya membawa keluar seorang lagi lelaki tempatan berusia 70-an sementara api berjaya dikawal sekitar pukul 1.40 pagi oleh pihak bomba.

“Mangsa terbabit didapati hanya mengalami sesak nafas ekoran insiden itu,” katanya.

Bomba turut bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pembersihan sehingga selesai.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat