Polis tahan 3 lelaki ambil upah baling ‘molotov cocktail’

Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dengan kes khianat membaling molotov cocktail ke sebuah rumah di Taman Damai, Kulai, Johor pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang Rabu lalu berikutan laporan polis dibuat oleh seorang pengadu lelaki warga emas berusia 70 tahun yang mendapati terdapat kesan terbakar di hadapan pagar rumahnya.

Susulan itu, setelah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mangsa mendapati dua suspek menaiki motosikal telah membaling molotov cocktail ke arah pagar rumahnya.

“Bertindak atas maklumat pada jam 3 hingga 5 pagi Khamis, sepasukan pegawai dan anggota polis daerah Kulai bergegas membuat serbua serbuan di lokasi berbeza di kawasna Seri Alam.

“Hasil serbuan tersebut polis turut merampas dua telefon bimbit serta pakaian yang digunakan suspek ketika melakukan perbuatan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Seng Lee turut menjelaskan, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek turut mengaku bahawa mereka telah mengatur dan mengambil upah membaling Molotov Cocktail ke rumah terbabit.

“Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif daripada pengambilan sebarang jenis dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Difahamkan, suspek kini direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad ini dan jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta denda.

Baca juga: