Berpuasa di bulan Ramadan merupakan kewajipan buat semua umat Islam di seluruh dunia selain ia merupakan Rukun Islam tiga, yang wajib untuk dilaksanakan.
Namun, ada segelintir individu yang diberikan ‘pengecualian’ untuk melaksanakan ibadah tersebut individu bermusafir melebihi 81 kilometer, ibu hamil, wanita datang haid, dan uzur.
Bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang kewajipan berpuasa ke atas individu yang melakukan kerja berat sehingga mengakibatkan kemudaratan apabila berpuasa kerana terlalu penat.
Perkara ini susulan tular video yang memaparkan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam sektor binaan menikmati makan tengah hari sekali gus tidak berpuasa.
Menerusi sebuah rakaman tular di X, beberapa penguatkuasa bertindak menyerbu pekerja binaan yang didakwa tidak berpuasa kerana terdapat plastik hitam yang dikatakan bungkusan makanan.
Rata-rata komen warganet mempersoalkan tindakan penguatkuasa tersebut yang umpama menyebarkan aib pekerja terbabit.
Lantas perkara tersebut menjadi perdebatan apabila ada segelintir pengguna media sosial terbabit meluahkan rasa kurang senang tentang perkara itu.
Bagaimanapun, penceramah bebasm Usztaz Azhar Idrus sebelum ini pernah menyatakan pandangan bahawa seseorang itu dibolehkan berbuka puasa, sekiranya terlibat dengan melakukan kerja berat dan tidak boleh ditangguhkan pada waktu lain.
“Seseorang itu perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum bekerja dan yang kalau seseorang itu tidak larat sewaktu dia sedang puasa dan ingin berbuka, maka boleh berbuka puasa,” katanya.
Jelasnya lagi, bukan semua pekerjaan dibolehkan untuk tidak berpuasa, tetapi pekerjaan yang boleh mengakibatkan mudarat, sakit tubuh badan, maka golongan tersebut dibolehkan berbuka.
Baca juga: