Tular satu video di media sosial menunjukkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan melanggar seekor gajah yang dipercayai melintas jalan di Setiu, Pantai Merang, Terengganu baru-baru ini.
Video berdurasi 20 saat itu memaparkan seekor gajah terbaring dipercayai telah dilanggar sebuah kereta berwarna merah.
Malah kereta tersebut remuk di bahagian hadapan dikatakan akibat pelanggaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat pengguna media sosial yang menyalahkan antara satu sama lain tentang kewujudan haiwan liar itu.
Manakala, ada juga netizen yang menyalahkan pemandu kerana membawa kereta dalam keadaan yang terlampau laju di kawasan itu.
“Saya tak salahkan haiwan dan mangsa, tapi saya salahkan pihak berkuasa yang tidak mengambil langkah sepatutnya dalam memastikan binatang liar selamat untuk menyeberang jalan dan tidak memasuki jalan raya,” kata AlwaysLovePeace.
“Binatang bukannya reflect (pantulan) cahaya, sama macam lembu dan kerbau. Bila dah dekat baru nampak. Sebab tu bukan semua sempat elak atau brek. Kalau jalan gelap dan kecik, lane lawan pula ada kereta, takkan nak elak sampai terbabas?,” kata Pumpie Umpy.
“Kawasan saya rumah saya ni, pagi tadi main air kat sungai merang tu. Tak tahu datang dari mana, sebelum ni takda isu gajah ni. Janganlah salahkan sesiapa, takda lagi kes haiwan melintas kat sini, biasanya babi hutan je melintas kawasan ni,” kata Aqiey.
“Mesti sebab jalan tu gelap. Saya perasan banyak jalan raya gelap sekarang, pasang lah lampu jalan. Kesian anak gajah tu,” kata Lea.
Baca juga: