Seorang pemandu teksi meraih pujian orang awam apabila dia bertindak memulangkan semula wang tunai berjumlah AS$3,310 (RM15,568) bersama dua passport milik rakyat Myanmar yang telah ditinggalkan oleh penumpang di dalam kenderaannya.
Songchai Chaiiam, 51, yang sememangnya terkenal dengan sikap jujur dikatakan sudah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai seorang pemandu teksi di Bangkok, Thailand.
Boleh dikatakan setiap barangan yang telah ditinggalkan penumpang secara tidak sengaja akan diberikan kepada polis di Jabatan FM91 Trafficpro Bahagian Komunikasi di Chatuchak, Bangkok.
Katanya, ketika menemui wang tersebut, dia berasa bimbang terhadap pemilik kerana memikirkan mereka mungkin bakal berdepan dengan dengan masalah.
“Wang susah hendak dapat. Setiap pemandu teksi harus jujur, jika mereka mendapati harta tertinggal daripada mana-mana penumpang.
“Selain itu penumpang perlu menyemak sama ada mereka terlupa apa-apa sebelum melangkah keluar dari teksi mereka harus mengingati maklumat teksi sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.
Sementara itu, pemilik wang berkenaan, Khin Aye Kyaing mengakui dia berterima kasih dan bersyukur kerana dipertemukan semula dengan wang tersebut.
Jelasnya, wang berkenaan bertujuan untuk menampung perbelanjaan perubatan.
“Saya awalnya berasa bimbang, tetapi saya yakin dengan kejujuran orang Thailand bahawa saya pasti akan menemukan semula duit berkenaan,” katanya lapor media tempatan, The Thaiger.
Baca juga: