Puteri Wales, Kate Middleton dikatakan kelihatan sihat ketika muncul di sebuah kedai selepas sekian lama menghilang disebabkan menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.
Lapor media tempatan, Mail Online, Kate dan Putera William dilaporkan dilihat menghabiskan masa membeli-belah di sebuah kedai yang terletak berhampiran Adelaide Cottage, England pada Sabtu.
Kemunculan Kate itu secara tidak langsung mengukuhkan kenyataan mengatakan bahawa Kate akan kembali bertugas pada 31 Mac nanti.
Semenjak misteri kehilangan Puteri Wales itu, pelbagai spekulasi dan andaian terhadap tahap kesihatan beliau berlegar-legar di media sosial.
Rabu lalu, Kensington Palace telah membuat suatu hantaran berbentuk gambar keluarga yang menampakkan Kate Middleton bersama putera dan puterinya sejak pembedahan.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila warga maya mengkritik gambar tersebut dengan mengatakan foto berkenaan palsu dan telah disunting.
Tidak hanya itu, sebuah lagi gambar yang memperlihatkan Putera William dan Kate di tempat duduk belakang sebuah kereta dan didakwa baru sahaja meninggalkan Istana Windsor.
Kate memandang ke luar tingkap kereta ke arah bertentangan dengan foto itu, jadi wajahnya tidak kelihatan dan menurut News18, gambar itu berkemungkinan besar merupakan suntingan daripada foto lama.
Bagaimanapun pihak istana mengesahkan, Middleton menjalani pembedahan perut dan pembedahan itu berjaya dan kini Middleton dilaporkan sedang dalam fasa pemulihan selain dikatakan bersedia untuk membuat kemunculan semula di depan khalayak selepas sambutan Easter nanti.
Baca juga: