Bukit Broga ditutup sementara bermula 18 Mac

Lokasi tapak rekreasi, Bukit Broga, Semenyih, Selangor ditutup sementara bermula Isnin.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Perhutanan Selangor.

Katanya, penutupan itu bertujuan keselematan pendakian terutama selepas hampid dua hektar kawasan hangus kebakaran.

“Bagi laluan pendakian Bukit Broga, Semenyih, Selangor bermula 18 Mac hingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, kawasan hutan di Bukit Broga, Semenyih, Selangor terbakar pada malam Ahad.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran yang berlaku membabitkan kawasan puncak bukit seluas 0.8 hektar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 2.30 pagi Isnin, sementara operasi ditutup pukul 3.30 pagi,” katanya.

Seramai 28 anggota dan pengawai dari tiga balai bomba terlibat dalam operasi itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat