Sebanyak dua orang pelajar sekolah telah diserang oleh sekumpulan lelaki seramai 10 orang menggunakan senjata jenis paip PVC dan juga batang besi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, dua orang pelajar sekolah mengalami kecederaan manakala semua suspek berjaya melarikan diri.
“Mangsa telah tercedera sebelum kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah kenderaan berbeza.
“Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dipukul suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejadian pergaduhan tular di media sosial yang melibatkan pelajar sekolah menengah di hadapan salah sebuah sekolah telah berlaku di kawasan Sungai Long, Kajang, Selangor baru-baru ini.
Terdahulu, kejadian tersebut telah tular di media sosial yang memaparkan aksi pergaduhan itu dan difahamkan berlaku ketika tamat waktu persekolahan pagi.
Susulan itu, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas empat orang lelaki berumur lingkungan 18 hingga 21 tahun.
“Keempat-empat suspek telah ditahan sekitar kawasan Ampang pada Isnin dan direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan pihak polis. Baki suspek yang terlibat masih giat dikesan,” katanya lagi.
Beliau turut berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Baca juga: