Bahagian stor milik kilang Hovid Chemor di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak terbakar kira-kira pukul 10.25 malam hari Selasa.
Menurut Komander Operasi Kanan, PgB Mohd Rozairi Abd Rahim, kebakaran tersebut melibatkan stor yang berkeluasan 70×60 kaki yang terbakar sebanyak 80 peratus.
“Kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba pada jam 10.38 malam dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan.
Mohd Rozairi berkata operasi memadam kebakaran tersebut melibatkan 46 anggota bomba dari dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sekitar Ipoh dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).
“Antara BBP dan PBS yang terlibat termasuk BBP Ipoh, BBP Pasir Putih, PBS Bercham dan PBS Pekan Baru,” ujarnya.
Beliau turut mengatakan jentera yang digunakan untuk memadam kebakaran terssebut termasuk jentera FRT, LFRT, EMRS, RIM dan water tanker.
Baca juga: