Polis kesan suspek buang bayi tepi tangga pangsapuri

Seorang bayi perempuan yang masih keadaan bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Bahru, Johor pada 11 Mac.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), ACP Raub Selamat, bayi cukup sifat tersebut ditemukan oleh orang awam pada pukul 8.30 pagi.

“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek utama yang membuang bayi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, Raub berkata, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) bermula 11 Mac sehingga 19 Mac dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah.

Untuk rekod, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, sekali gus memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-218 2323, atau Pegawai Penyiasat Nur Adila Zainuddin 019-403 9257.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat