Mahkamah benarkan Dani Alves diikat jamin, bebas hukuman penjara

Mahkamah Barcelona memutuskan bekas pemain bola sepak Brazil, Dani Alves boleh dibebaskan daripada hukuman penjara dengan jaminan AS$1.09 juta (RM51 juta) susulan sabitan kesalahan serangan seksual bulan lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan kepada Alves pada 22 Februari lalu kerana menyerang seorang wanita secara seksual di sebuah kelab malam di bandar itu pada akhir Disember 2022.

Jurucakap mahkamah berkata, Alves telah menjalani hukuman penjara selama 14 bulan, termasuk ketika pra-perbicaraan sejak penangkapannya di Barcelona pada Januari lalu.

Keputusan jaminan tersebut dikeluarkan selepas peguam Alves membuat rayuan terhadap sabitan kesalahannya di samping Alves juga perlu menyerahkan pasport Sepanyol dan Brazil miliknya dan melapor kepada mahkamah setiap minggu.

Mahkamah turut memutuskan bahawa bekas pemain Barcelona itu tidak boleh mendekati mangsa kurang dari jarak satu kilometer dan tidak berkomunikasi dengannya.

Terdahulu, Alvers dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual dan mendakwa hubungan seks yang dilakukan atas dasar suka sama suka dan bukannya paksaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat