ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, beliau memaklumkan tentang pemergian ADUN DAP itu.

“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Lee Kee Hiong serta seluruh sahabat dan anggota dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kehilangan tokoh pengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik mencabar seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Amirudin Shari turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.

Mendiang Kee Hiong, 58 telah berkhimat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013, memetik laporan, Berita Harian.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Buat pertama kali beliau mewakili kawasan tersebut pada tahun 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Walaubagaimana pun, Nie Ching juga turut menzahirkan penghargaan atas segala usaha kerja Kee Hiong selama ini.

“Akhirnya masa untuk mengucapkan selamat tinggal. 16 Mac lalu ialah hari lahir anda yang ke-58 dan kini anda berada di tempat yang lebih baik,” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat